About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, July 23, 2012

Fesyen Terawih

Alhamdulillah, sekejap jer kan dah puasa 3 hari and solat Tarawikh 3 kali..:) tak tinggal lagi ni. Harapnya tak tinggal ler selagi mampu. Dugaan sebenar nanti hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebab kena mengajar 9-5 straight. Harapnyer larat ler..

Since duk dekat dengan USM, i pergi solat tarawikh kat Masjid USM. Kalau nak tau, masjid USM ni banyak student luar and foreigner. Selalunya, awal-awal Ramadhan ni, USM akan invite Imam dari Madinah atau Mekah untuk lead solat tarawikh kat sini. Panjang wooo dia baca tapi tak rasa penat and bosan. Sedap beliau baca. Dan solat Tarawikh cuma 8 rakaat and 3 rakaat witir. 

Berbalik pada tajuk, hari first Tarawikh, mmg penuh ler orang. Bau telekung semua telekung baru, cantik-cantik yer Puan Noi?hihihi Penuh masjid. And not surprised pun bila ada a few foreigner yang datang solat with their abayas and selendang. Memang biasa lah kalau kat USM ni. Lawa-lawa wooo minah-minah arab ni. Yang kulit hitam pun manis sgt rupanya Masyaallah..hihihi ada jugak a few malay yang tiru gaya pakai abaya and jubah macam-macam kaler, meriah pulak rasanya :)

Dalam semua duk kalut telekung baru, abaya baru, fesyen bagai, ada seorang makcik ni really caught my attention. I tak nampak pun muka dia, so I am not sure she is a Pakistani or Indian Muslim,but what she wore rasanya memberi kesan ler pada saya. Dia cuma pakai kain batik, and baju lusuh and selendang panjang macam dari baju punjabi tu  sahaja. Kaki pun nampak, yang ni tak berani nak komen sebab takut jugak mazhab dan fahaman berbeza kan. Among all the woman, she really stand out in my eyes, dan buat saya tersedar, pakai baju cantik ker, telekung baru ker tiada beza pun kita semua di rumah Allah. Kita semua sama sahaja. Yang penting niat di hati. Muhasabah diri sekejap. 

This cute little baby playing by himself.
berapa kali nak nangis tak jadi nangis.
Anak-anak orang arab semua comey giler!!!

And anak orang yang kulit hitam sangat sweet and rambut diorang kerinting halus tu Masyaallah geram tengok nyer...I nak sangat anak i nanti rambut kerinting hihihihi genetik tu ada dah :p





4 comments:

Cik Tqah said...

wa.. betul..niat yang penting kann

norinaomar said...

uhuk uhuk..tersedak-sedak namaku disebut sebut....

saya malam tadi terawih sendiri..sebab blackout. Tapi alhamdulillah harini dah ada karen semula =)

Anis_Apis said...

Mak selalu kata kalau dia nak mengadap tuhan, dia nak cantik-cantik, wangi-wangi...telekung tak baru pun, wajib wangi hihi...rindu plak nak terawih ngan mak..

cha said...

tulah mcm2 gaya kan pg masjid. i dh lama tak pg masjid bila masuk tu sayu je rasa huhu. comelnya anak org arab tu u aaaa cubitkan didi klau u jmpe lg haha