About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, July 16, 2012

Dompet Isteri

Siapa tengok rancanagan Semanis Kurma last 2 weeks kot tak silap..ada tajuk ni, dompet isteri. En.suami beriya-iya sangat nak tengok, saya nak tengok cerita 'Waris'..isk isk isk. Alhamdulillah, banayk info berguna masa tengok ni.

Antara point yang saya ingat ialah, duit isteri suami memang tak boleh sentuh/mintak. Melainkan, isteri yang rela hati untuk membantu suami. Biasanya kalau nak membeli kan, kita sebagai isteri selalu nak mintak izin suami dulu, tapi hakikatnya tak payah pun tak apa sebab duit tu duit kita. Lainlah kalau kita nak suruh suami yang tolong belikan kan?hihihi Ustaz tu cakap lagi, suami zaman sekarang patut bersyukur apabila isteri mintak izin nak beli barang, itu tandanya isteri menghormati suami, dan untuk suami jangan lah pulak tak bagi yer. Dah duit isteri. Any suami read this???

Dan untuk isteri pulak, walaupun dah bekerjaya and ada duit sendiri tak salah rasanya membantu suami dalam perbelanjaan rumah. Ustaz cakap, kalau perempuan nak cari suami, cari yang ada 3 kunci, 1.kunci rumah, 2. kunci kereta, and 3.kunci pejabat..hihihi. Tapi antara tu kalau sama-sama berusaha lepas kahwin pun boleh kan. 

Apa-apa pun nafkah untuk isteri suami kena bagi ler bulan-bulan walaupun isteri bekerja, itu wajib. Isteri pulak, even suami banayk duit, agak-agak ler nak berbelanja kan?Yang ni saya rasa semua dah ada kesedaran kot lepas kahwin, macam saya..hahhahaha

itu sahaja sembang pagi Isnin :)

5 comments:

norinaomar said...

tengah craving satu beg nih..huhuiiii

Mr Jay dah bagi izin, tak sabo tunggu gaji

Ardini Humaira said...

kita kena tolong menolong kan :D kalo isteri koje.. kena bantu suami gak.. tak leh jadi kedekut. lama2 asben majuk hehe

Qyla Aqilah said...

Noi~sila update gmbr beg bila dah beli!!!!;p

Ardini Humaira~ yup, tapi jgn smpi diambil dan mengambil kesempatan..hahhaah :p

anaztasias nora aira said...

saya pun suka topik tu sangat !!!

puan.mila said...

betol tu..otomatik lps kawen tahu semua nih..hehe