About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, January 24, 2011

Malam Berinai ( angan-angan )

Pertama-tama nya, seriously tak tau maksud malam berinai nie..
direct translation dalam minda ni 'malam pakai inai'...hahah 

kedua-dua nya,
cofuse sebenarnya, malam berinai ni sebelum nikah atau selepas nikah?
rupa-rupanya, ada yang buat sebelum dan ada yang buat selepas..
mana satu nak ikut?

so, merajin kan diri google,
just want to share with u guys..


1. majlis Berinai kecil

Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

2. majlis Berinai besar
Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. 


Teringin malam berinai besar. yang kecik tu pakai inai sendiri diam-diam dalam bilik sudah. hahaha
nak save energy untuk majlis yang akan berlangsung 2 hari nanti...
kalau nak buat berinai besar lepas akad nikah mesti seronok..
nak pakai baju macam-macam..hihi

untuk more details leh ker link nie, ada pasal anak mami and jawa punya style malam berinai..
it depends how u want it to be actually..;)

nota kaki: boleh tak tolong bagi tahu range harga inai kat butik/kedai yang paling murah and paling mahal berapa??so far dapat harga RM180~~~out of budget sudah....so boleh ler nak mintak tawar-menawar kan??

3 comments:

iedayah said...

masa i khwin ritu kn q,aunty tu siap dtg umah.watkn tuk groom skali chargenye rm200 tau dear.

ElyaElmo said...

try gi dekat jalan tar atau upton/downtown...
kat sana salu nye ada kakak yg buka gerai untuk lukis henna...
kat sana murah rasanya

~ mizzAmy ~ said...

i pun tak tau menahu sangat pasal malam berinai nih. thanks dear for sharing. btw, harga pun x pernah survey. kalau susah sangat, pakai sendiri je. and if nak ukir2 tuh, pergi cari kedai yg provide ukir2 tuh. kalo kat jln TAR leh dapat rm10 untuk 1 tangan. then, nak terang kan lagi, double kan with ur own inai.