About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, October 17, 2011

Darah manis & ayat kursi

Seriously, orang tua-tua ni suka takut kan kita kan?
including my nenek lah..

selalu kan dengar darah manis?
Now, I am so scary when I heard that word..
Korang bayang kan kalau korang naik kereta ngan sape2 pastu accident ker tayar pancit ker haper ke, korang rasa korang ada potensi tak untuk disalahkan? (-_-")
pastu, kalau buat kerja skit potensi untuk cederakan diri sendiri adalah sangat tinggi kan?
nak buat kerja pun jadi takut, tak buat kerja orang cakap malas kan? 
susah jugak nak jadi pengantin ni..ahahah

ok lah, tu part darah manis..
I am in phobia phase now..
and one thing that made me comfort is Ayatul Kursi..
boleh baca fadilat kat sini

and this one captured my intention the most

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
    dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah



    and also this one

    barang siapa yang membaca ayat kursi ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli rumah-rumah sekitarnya..

    alhamdullillah, dah lama amalkan cuma lately ni lebih kerap baca ayat kursi..
    dada pun rasa lapang jer..hihih 

    korang cubalah..:) 
    dan yakin...

    5 comments:

    Fariza said...

    terima kasih :)

    Khalisa Ridzuan said...

    true! masa i dkt nk kawin aritu asik risau je time drive tkt accident ke apa.call me paranoid tp mmg rs la debar2.hehe.

    pdhal sbnrnye emosi mainkan peranan penting.kalau asik pk "aku drh manis.tkt eksiden" alih2 kang berhati2 pn panggg eksiden.sbb terlalu fikir.hehe.good tips Q :)

    norinaomar said...

    Yup,me sudah amalkan juga..memang pendinding terbaik.Kalau nak keluar rumah saya amalkan jugak

    Bismillahi tawakkaltu 'alallah, wala hau la wala quwwata illa billahil 'aliyyil a'azim'

    Aznor Ibrahim said...

    ayatul kursi banyak kebaikannya..nice sharing :)

    Sfarlina said...

    ye..g kursus kawen last week pun ckp pkra yg sme :)