About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Janji yang ditunaikan

My sisters, both of them telah berjanji macam-macam pada suamiku sejak dia sihat and now sakit..hahah
antaranya ialah nak buat pavlova and pizza..
this week kan diorang cuti sem, so masa menunaikan janji sebelum balik ke kampus masing-masing..
ewaaaah...


Honestly, I think my husband enjoy ada adik-adik ipar perempuan..
sebab adik beradik beliau ramai laki..

K.nagh tau korang baca ni, hihihi
doa en.pE cepat sembuh nanti kita pergi trip yer..
macam-macam dia plan untuk korang this week tapi Allah punya plan lebih baik :)


Friday, November 9, 2012

Baby talk..again..

Bersiaran langsung dari spital..yawn...

Bila dah setahun kahwin tak ada tanda-tanda nak ada baby mesti lah ramai yang tanya bila ko nak dapat baby ni...
Korang, relax ok...kitorang relax korang pun relax sudah ler..hihihi 
Bila tiba masanya Allah nak bagi rezeki, kita terima lah..yer tak?
penat jugak menjawab soalan begini tapi layan kan ajer sampai diorang pulak bosan..hihi

Nak tau sebab apa diorang tanya, sebabnya dalam banyak-banyak kawan sekolah menengah yang dah kahwin, ada 5 orang jer yang kahwin tapi tak terus ada baby...semua kahwin terus dapat baby..:p

dan semua yang 5 tu adalah perempuan..hahaha tapi ada sorang dari yang 5 tu sekarang dah dapat baby ler..lepas setahun lebih jugak,sebab kes tak habis belajar kat maktab..masa tu lah..
tinggal lah 4...tapi rasanya tinggal 3 jer kot sebab tadi stalk FB my friend tu, dia dah ngandung..hihihi
antara 3 tu, sorang tu pindah dari sekolah awal, so most of my friend tak tau dia belum dapat baby lagi..
tinggal 2...sorang tu I ler and sorang lg tu tak sure dia peknen ker tak..
and budak lelaki yang sama sekolah menengah semua kahwin terus dapat baby..hihihih 

Pasni kalau buat reunion, mesti semua bawak anak or tengah mengandung atau bawak bini yang mengandung...hihihi

Talked to my bff last week kot pasal baby ni...
and seriously we don't know that we have the same thought!
takut ok nak mengandung ni..hahahhaa
dah lah sejarah mommy and MIL mempunyai alahan yang sangat teruk ketika peknen..
lepas tu pulak, husband I dulu masa kecik-kecik saiz dia besar..I dulu saiz kecik jer..
genetik mana lah baby nak ikut kan..
lepas tu pulak nanti nak beranak pulak..
baca blog-blog mommy-mommy yang beranak tu, ngeri woooooo..huhuhuh
but its good korang share, tak ler blur sangat kan..
:)

setakat ni sahaja bebelan hari Jumaat while waiting for en.suami doing his physiotherapy. :)
Get well soon cepat ok darling!:)


Gang!

Sunday, October 28, 2012

My first anniversary

Just a very simple mini celebration..mega celebration tak tau lah bila sebab saya kejar deadline thesis..

Kiwi and strawberi homemade juice..hihih and love shot!!!hahaha
Yang penting meaningfull for both of us..;)

Happy 1st anniversary love...I love you always....;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

Bila berpuasa di bulan tak puasa

Time sahur memnag lari ler..
liat betui nak bangun..huhuhu
dalam 4 hari puasa, 2 hari jer baru bangun sahur..hohoh

sahur pertama i bangun, siapkan semua..
sahur kedua en.suami bangun siapkan semua tapi jenuh lah nak kejut dia bangun tidoq..
alarm 80 kali pun dia tak sedar..

sahur pagi tadi..hampeh 2 2..haha
en.suami alarm pukul 4 suku kononyer!!
and dia tak pernah bangun pon alarm dia tu..huhuhu i yang bangun...hahah
i alarm standard kul 5 suku..

kejut en.suami tolong panaskan lauk..
since ada microwave ni, dia nak lauk panaskan dalam microwave jer..
so rumah tak bau..hihihih 
I plak tak reti lagi nak pakai microwave tu, so dia lah kena panaskan lauk..
waiting for him untuk kejut sahur, sudahnya beliau tertidoq kat depan rupanya!hahahah

makanya lebur lah sahur kami dorang..hihihi

asam pedas kepala siakap untuk berbuka semalam..
Sedapnya Subhanallah...dari muar..
nanti i buat Muar story ok!:)

Tuesday, August 30, 2011

Tahun terakhir raya bersama family?

Sungguh cepu emas soklan diatas..
jawapannya adalah tidak..hihih

Tahun ni raya ngan family di Penang..
tahun depan bakal suami dah cop awal-awal balik rumah family beliau di Kuching..
tak kisah pun..hihi excited adalah..
and takut jugak hahahahaha

Selamat hari raya semua!
maaf zahir batin yer..:)


merenung masa depan...hihihi :)
from pre-wed album..


Tuesday, August 23, 2011

Beli barang kemas untuk kahwin even tak ada calon suami/isteri!

eh..emas naik lagi yer?
jangan tunggu lama-lama..beli jer lah sekarang..kalau yang kahwin this year..
if siapa-siapa yang nak kahwin AFTER RAYA CINA, bersabar sekejap..
sebabnya, around raya cina, emas akan turun harga sedikit sebab diorang yang control market..

so, here is the pattern of harga emas according to my study lah kan..
masa raya kita orang melayu ni, harga emas tak turun..sedang-sedang aje..
since malay ramai yang beli emas untuk raya...
and kita semua assume harga murah...kan?
kalau tak silap, goldheart (banyak white gold) cuma off 20% sahaja untuk white gold..
tapi boleh tengok option kedai lain...

kalau time krismas, barang semua murah, and emas putih harga jatuh skit..
tak tau lah pasaipa...
ramai cakap emas putih tak der value lepas kita beli..
pandai-pandai jer...
kalau nak jual, p balik kedai emas yang kita beli tu and jual or trade in kat situ..
ada price ok..

masa raya cina, harga emas akan jatuh..
tapi kali ni tak tau lah nak jatuh banyak mana kan..
tapi masa raya cina memang harga murah skit..

bila sebut pasal emas, semua ni pelaburan..
nilai tu akan ada di seluruh dunia sampai bila-bila (ada dalam al-quran)
so, beli memnag tak rugi..tapi untuk harga turun naik memang risky lah untuk kita as a buyers kan..

one more, sapa yang nak beli emas bar atau dinar, leh gi web ni..
easy nak monitor harga..PUBLIC GOLD..
saya target nak beli dinar nanti..hihih

owh, pasal tajuk kat atas, my friends cakap rasa macam nak beli jer cincin and set brg kahwin sekarang and nanti claim jer kat bakal suami..haha yer lah kan, harga makin mahal...
nanti belanja kahwin mahal, bek beli sekrg, boleh simpan..
ha, kalau nak beli diamond ker pilihlah everlasting design yang simple-simple..

macam ni ker..
yang batu sebijik-sebijik..
kata sales girl tu lah..hahah

itu jer ceramah perlaburan hari ini..
hahahah
kalau ada pape yang salah sila tegur yer..:)

nota kaki: harini bestday en.tunang..:) last sebagai single man..thn depan jadi en.suami..hihi insyallaah..:)

Monday, August 8, 2011

Pre-wed bulan puasa!

tak ada teaser..
penat ada..hahah
seriously it was fun..
tengah tak sabar nak tengok gambar...

He ran, I climbed..
We sweat!
and thirsty too...
but still, it was fun!

2 hours amik gambar..
baju biasa..
tempat cantik..
props 2 jer..

'A TALE OF TWO PILLOWS'

coming soon...:)

Tuesday, August 2, 2011

Cadar dan tuala, dah basuh?

Untuk yang belum berkahwin..
yang dah berkahwin tak mau amik tau..hihihi

tengok kat tepi tu dah tinggal 87 hari..
episod mengemas rumah by my sis dah bermula..
yang paling penting sekarang, my room..
bahagian rumah lain penting jugak, but mine critical skit..
bumbung plaster siling runtuh..T________________T
separuh bilik pulak tu!
lama dah, tapi ni kurang 3 bulan lagi ni..cuak..haha

back to the title,korang beli-beli cadar baru tuala baru nak kawin ni dah basuh ker belum?
hihihi ni selalu pengantin lupa..tau-tau pasang cadar baru bau kedai lagi..
apa kata kali ni pasang cadar bau softlan pulak?:)
lebih bersih..
and me yang gatal-gatal beli tuala set baru untuk kami..
pun belum basuh lagi..
masih dalam plastik dah baper bulan dah..
akan hantar sekali gus untuk basuh..hihi

Mine will be sent to dobi minggu ke3 puasa kot..
paling lambat bulan 9..sebabnya, nak hantar cadar tu banyak..tu yang hantar awal-awal..
cadar untuk belah lelaki pon dah pesan kat en.tunang suruh hantar ke kedai dobi masa cuti raya nanti..

Cadar untuk my room beli kat Indonesia..
murah jer..tapi itulah yang saya impikan..
yang paling penting, it so white..
macam ni..lebih kurang..


comforter jer tak cari lagi..
kata SALE sekarang!hihi
kalau masuk rumah sendiri nanti, cadar ni akan saya bawak dengan saya..
:)

Sunday, July 24, 2011

Kursus Kahwin di Masjid Negeri Pulau Pinang

 me and bestie..gambar en.tunang tak ada lah yer..dia duk tempat lain..
kalau pi kursus kahwin, p ngn kawan-kawan pon best jugak..hihih
 untuk kat Masjid Negeri Pulau Pinang ni, company ni yang uruskan..kalau nak join, contact jer En.Amran ni..
and jugak boleh contact Puan Hazlina, 012-5305746..

Kursus Kahwin kat Masjid Negeri Pulau Pinang ni diadakan pada minggu ke-4 setiap bulan..
Rm80 per person and 3 kali makan untuk 2 hari..
tempat kursus sangat selesa, air cond sedang-sedang elok jer..
tak panas, tak sejuk..
boleh tidur dengan nyenyak..hihi
nak solat senang, atenyer dah kat masjid kan?hihi
Penceramah SEMUA BEST-BEST gelak sampai keluaq ayaq mata..

Masa kursus untuk 2 hari..
Sabtu: 8.30 pagi -5 ptg
Ahad: 8.15 pagi -2.15 ptg

ada test 30 soalan yang senang..
Now, dah lulus untuk berkahwin..ngeh ngeh ngeh..
esok p buat HIV test plak..hihi

nota kaki: I bought an awesome deal from matta fair..WORLD, here I come!sape2 berminat nak tau lebih lanjut, leh email me at sitinoraqilah[at]yahoo[dot]com
atau nak join cuti sama-sama..hihi
ni yang buat lagi tak sabar nak kahwin!:D


Sunday, July 17, 2011

Pi majlis bertandang nak ready apa?

mula-mula nak update pasal butik and doorgift..
oh, berita gembira semua..
tiada yang kurang enak walaupun saya hampir jadi bridezilla pasal doorgift..hihi

ni nak tanya lah kan, majlis bertandang kita ready apa ha?
bulan Ramadhan dah dekat..pastu Syawal..
en.tunang nak balik raya, and ni last lah ceklist dia sebelum majlis!
so, nak kena konpem betui-betui nak apa lagi untuk pihak lelaki sediakan...

so far my checklist:
bunga tangan
inai (ngada-ngada, lagipon dah after sebulan baru belah laki haruslah nak inai baru!haha)
mekap

ni ja yang saya boleh pikir..lagi??
tak kan ni ja kot?
baju dah bawak siap-siap dari sini...

nota kaki: bila AirAsia nak offer bulan November nie!!huhuhu

Sunday, July 3, 2011

Bridal boutique yang bagus~~part 2!

See!!kalau bagus ber part-part I review..hehehe
Alhamdulillah..memang sangat berpuas hati dengan bridal ni..
senang di bawak berbincang dan fleksibel..
fleksibel ni penting sebab yer lah kan pengantin ni, sat-sat nak tukar..
ngada-ngada jer kan..hahah minor-minor lah..
kalau major yang diorang dah tempah khas untuk majlis korang then reject tu memang salah pengantin kan?hihi

so today g confirm kan apa yang patut..
apa lah yang patut tu kan?
1. confirmkan design pelamin..I stick with my decission..and diorang pon dah tempah barang-barang pelamin yang I nak..from China..together with my dress nanti...
2. bayar sikit lagi untuk pelamin..confirmkan ada extra charge ker tak..alhamdullillah memang tak ada..
3. kek daddy nak sponsored..so cancel kan kan fake yang diorang nak bagi (untuk bergambar kek fake memang cantik!)..and mintak replace dengan fresh flower hand bouquet (Kak Rozie, orang bridal yang suggest fresh flower i tak sempat cakap paper!SUKA!)..tapi meja kek still diorang bagi (SUKA!)
4. confirmkan amik kerusi nikah awal dari tarikh majlis (ni depa bagi free jer!SUKA!)
5. confirmkan baju untuk shoot studio..bleh cancel pemilihan baju yang lepas..and dia bagi baju baru ok!SUKA!

Alhamdullillah..memang senang lah berurusan dengan bridal nie..
nama bridal boutique ni Putree...terletak dekat tepi Eastin Hotel, dekat dengan Queensbay..
so far tak ramai lagi tau pasal butik ni, tapi the pelamin maker, Kak Rozie ni dah merata p buat pelamin sampai Johor Kelantan semua..and so far I like lah design-design pelamin yang dia buat..
diorang banyak pakej-pakej menarik..so, leh pergi check them out ok?

Untuk contact kak rozie, ni FB dia..
pelamin semua ada..and here is the link for Putree page..

Duta untuk Putree ni ialah Faezah Elai...nangis ok tengok gambar beliau yang jelita-jelita!

and Putree jugak lah yang akan buat pelamin Faezah Elai ni kahwin nanti..hamik kau..
syok kan kalau amik bridal butik sama ngn artis?hihi
actually saya tak tau pon yang ni ok

so, bestnya bridal ni sebab butik ni ada 3 bahagian ni baru perasan tadi

Bahagian 1: Pelamin
kat sini memang macam-macam jenis kerusi, hiasan pelamin, walkaway, kek, meja kek semua ada!
just pilih mana yang berkenan mengikut bajet!and one more they have their own kilang untuk kerusi, panel semua tu!so for me price dia memang berpatutan sebab kilang sendiri!and their design are fresh lah...and sentiasa ada something new!like this walkaway!oh so in love!!



and hiasan meja makan...sorry gambar tak clear..

Bahagian 2: Busana pengantin!
Bride favorite part, groom less favorite part..hahaha kan?
I like when the restock busana baru every 3 months!from Indonesia and China..meanag cantik-cantik sampai rambang mata..and they're honest about the price too..kalau baju biasa berapa, dari designer berapa and baju baru baju lama...so, pilih ja yang mana nak and book!pastu, leh tukar selagi korang tak fitting kalau tak silap
last fitting a week before majlis..and make sure masa fitting bawak segala bra underware corset yang korang nak pakai masa majlis nanti..diorang dah pesan dah kat I..hihi malu ja depan en.tunang!:p


I love the environment too...memang ada kelas and rasa mewah!
tengok the langsir and the 3 side mirror!
ni baju tak jadi lah kan...hihiih
I look fat and short!
camni ha tempat nak salin baju!and the assistant bagus gile!tukarlah 10 pasang pon..senyum ajer dia..

Bahagian 3: Aksesori/hantaran
bahagian nie baru buka..so, layan gambar jer lah k..
 Joe!
 flowers!
 pormander ball eh orang panggil?hihih
 jgn tengok kaler, tengok kekemasan diorang wat lembayung ni..
antara koleksi baru dulang hantaran...

tu jer lah..and ni ha signboard kedai depa!

tak nampak g tak tau lah..hihih

nota kaki: diorang tengah wat promosi kat loq staq sekarang!cek their FB k??

Tuesday, June 28, 2011

Perempuan, road tax dan ..........

Pakai kereta nak masuk 3 tahun..
road tax saya tak pernah buat sendiri..
selalu bagi duit kat mommy, and tau-tau dah ada jer road tax baru..
korang tau renew road tax?haha

cerita saya renew road tax/insurans..
pergi Takaful..
kerani bertugas tu PEREMPUAN..
then cakap nak renew insurance and ROADTAX!
saya siap bagi lagi contoh salinan tahun lepas yang Mommy buat..
ada sekali salinan road tax..
and dia cuma renew INSURAN saya sahaja!
and being me also a PEREMPUAN, saya tak tanya apa-apa terus balik...
Mommy tanya saya, bila nak amik kat Takaful?saya blur!!
call plak Takful tanya, and diorang cakap kena pi Pejabat Pos..
Saya pi lah Pejabat Pos, diorang nak geran asal..mana ada geran asal kalau tak abes bayar...
call Mommy balik, dia suruh saya tnya balik takaful camner..
saya jumpa plak kerani LELAKI, dia cakap kawan dia tak dengar kot untuk road tax sekali...
sekian..

eh...tak abes lagi ni..
the ....... kat atas tu...

OMG..tak tau lah kenapa sekarang sangat sensitif, cepat naik angin and senang nagis and senang merajuk and senang jer nak gaduh!huhuhuhu

saya baru pas merajuk..
sebabnya, tak dapat pi Forever 21!
ridiculous tak?huhu
nangis sampai bengkak mata-mata and sakit kepala..
hahahaha
padahal nak p situ bukan nyer dpat beli pon, just nak cuci mata jer...
bajet bulan ni ilek dah...

saya merajuk sampai tak cakap ngn tunang saya..
dia pun tak pujuk and maybe dia tak tau kot saya merajuk..
dia tau sebab tiba-tiba sok sek sok sek jer drive..
huhuhuhuhu

ingat dia dah malas nak layan, tapi dia ajak jugak pergi Forever..
tapi saya dah malas..merajuk kan..
end up pergi makan jer..
saya pakai selekeh jer pergi makan..
capai apa yang ada..
bedak semua tak pakai..
lipstick pon tak..
eyeliner jer sebab mata sepet dah..
konon-konon nak btau lah saya memang tak nk p mana-mana..makan jer..
ambik nasik pon separuh and tak habis..
lagi sedih sebab selalu dia amik ayam dia bagi sikit, kali ni tak bagi langsung..
huhuhu and of kos lah saya tak mintak kan..
sebab tu pon saya hampir ter-menangis depan rezeki...

dulu nak merajuk and gaduh susah sangat..
sekarang senang jer..
saya rasa mengada-ngada plak?
korang ada rasa macam tu?

T_____T

nota kaki: kalau nangisn jer, tdo awal..kalau tdo awal ker mesti sebab nangis..huhu


Sunday, June 12, 2011

Happy 1st year e-nniversary!*update*

YES!
setahun dah menempuh dugaan alam pertunangan..
4 bulan lagi tinggal ni...

nak p celebrate..will update malam ni jugak!

****************************

Hari ni dimulakan dengan sampling..
yes babeh, I totally forgot about this day seriously!
2 3 hari lepas ingat tapi hari ni memang lupa lansung..
then masa amik ata I wrote the date and I was like, OMG!
I screamed for him in that mangrove area and shouted "Happy e-nniversary" with the present of other people and yeah, we are in muddy area..romantic huh?no?:p

Finish sampling..
Lunch..
Rest..
pretty much ordinary..

So we did something extra ordinary which is exercise!YEAY!
yeah, I 'm fat now...tak tau lah pasipa berat badan naik secara mendadak after tunang..
but its still controllable..Alhamdulillah..
cuma nak buang lemak-lemak kat tempat tak sepatutnya ja..hihih

dan Alhamdulillah jugak...ingatkan bank akaun dah tak ada apa-apa..
tiba-tiba duit jatuh dari langit...hihi
rezeki kan...leh celebrate sikit...

actually, masa tau ada some money in akaun, rasa nak shoping tu membuak-buak..
tapi sebabkan dah booked tiket wayang kul 9.15..habes exercised kul 7..nak makan lagi, so yeah, plan shopping dikorbankan..ye lah, ni jerlah e-nniversary yang ada..sekali seumur hidup kan..
I planned for a nice dinner!

went to Queensbay..
arrived at 8.30..
I told him, ikut jer mana nak pi makan, the bills is on me..
and..
he really scared kot kot bawak dier pi makan sushi! -_-
tak romantik ler sayang sushi..huhu
kak me and kak uda, nanti kita p makan sushi k bawak en.pie..sebab dia tak suka..haha

I drag him to Golden Triangle Restaurant..
kaw-kaw punya Siam restaurant..
I'm craving for tomyam actually :p..

tak tau lah kenapa tak leh rotate..

muka lega tak kena makan sushi..hihi

excited..hihi
 my drink...pine royal tak silap...mixed of nanas, limau ape-ntah-lagi tapi memng rasa fresh!
his..avocado ice blended..err..not my taste..hahha :p
sort of appetizer for us...ayam pandan...sedap!

and the seafood tomyam is the best-est ever seriously korang!
RM21.70 untuk mangkuk small...
tapi puas hati sesangat!

nyummeh!
patu main dish pon sampai..
hihihi

ikan pe ntah..
tapi dia masak 2 way..
jadi camni..sebelah masak lain, sebelah g masak len...

happy 1st e-nniversary!

seriyes kenyang sangat!

and next lepak tengok Henry's Crime..
tak best!

its killing the mood!
and to amend it.. yogurt ice cream!
sedap woo makan almost midnight!
hihihi
penat jer excersiced lah konon kan?hahah

thanks for a wonderful day..
romantic speech kena private..hahah

Sunday, May 8, 2011

Juggling: bedroom

Currently working on this...
super excited..
super spinning head...




dah boleh agak kan?
hihi

not one, but 2 bedroom...
or maybe 3!!
hal kahwin pon banyak tak setel lagi and now untuk after kahwin pulak..

Dunno why, but I love brown pulak untuk bilik...
hasilnya nanti kita reveal..
lagi 5 bulan!!!
yeye...


nota kaki: nanti ada entri keliru lagi...korang tak keliru ker nak kahwin nie??haha








Thursday, March 3, 2011

Our anniversary

I treat him for facial..hahaha
he enjoyed that so much!!
even booked for the next session..:)

and our cake..
red velvet cake...:)

blogspot is crazy..
pictures can't be rotate..T-T

next entri will be on Korea trip or hall survey...

nota kaki: what you guys want to know about Korea trip..pretty please...

Sunday, January 9, 2011

W-day prep: Hantaran update and senangnya lelaki shopping!

Separuh hantaran untuk pihak lelaki dah setel!
yeye
5 out of 9..
senangnya lelaki shopping kan?
pilih-pilih bayar and done!
I suppose to feel relieved but I am not!!

It is so easy for him to pick all his stuff to put on dulang hantaran..
yang mana berkenan, suit the budget terus beli..
as for me, takut design masa akan datang lagi cantik lah, kaler nanti tak up to date lah..sheeessh..
seriously, who cares kan?
hahahhaha
just buy the thing that you want and pay and tadaaa, you can use it after majlis..

I give myself up until february to settle all the hantaran stuffs..
gadget jer beli betul-betul dekat majlis nanti..
and June or August untuk beli set bilik tidur..
makin lama tangguh makin pening!

nota kaki: dah dapat design dress idaman!


Monday, August 30, 2010

Memujuk dan dipujuk

Alhamdulillah..
setelah 2 minggu berperang dingin hubungan dengan en.tunang semakin pulih..hihihi
yeay!!!

agak tak masuk akal apabila beliau merajuk pada hari jadi beliau..
yeah..angin jugak la I kan..
berpeluh-peluh nak wat surprise last-last tak jadi!!!
grrrrr...

setelah sesi meluah perasaan di blog, both of us bertolak ansur..hihih
terima kasih lah ada blog nie kan..

korang try baca ayat kat bawah nie dengan satu nafas dan mendalami maksudnye..

gaduh-gaduh jer tulis kat dalam blog macam tulis kat dalam diari apa yang tak puas hati semua cakap jangan simpan sampai kawin nanti gadoh lepas kawin baru nak ungkit-ungkit semua tak guna!!
faham??:)

sebab ada setengah perkara yang kita malu atau pon susah nak ckp dengan pasangan kita..
so, cari lah satu medium yang boleh menghubungkan anda and pasangan..
mungkin ada yang ckp pakai msg sudah..
but for me, bila sms tu, nak kena respon dengan pantas..
so masa berfikir kurang..
tapi bila tulis dalam blog, boleh pikir panjang and kita boleh ambik masa dan baca balik hatta 100 kali pon apa yang kita nak cakap..
kot-kot lah tertulis perkataan yang tak sepatutnya and akan bertambah parah lah konflik yang sedia ada..
chewah..hahah macam kaunseling plak...this is my opinion lah..u guys macam mana bila gaduh??

this weekend a few things happened..
first of all his birthday celebration..dah dia merajuk haritu so sambut besday pon lambat skit..
I beli kad yang paling besar and belanja buka puasa kat restoran jer..


reserved meja kat Siam express untuk buka posa sama2 kali pertama and celebrate besday!!
note;tiada muka besday boy disini sebab dier tak bg I pegang kamera..
kalau I letak muka I macam tak seswai..haha

tu yang mampu and he is fine with that..
sebab dier cakap hadiah semua tak penting yang penting I ada ngan die spend masa bersama...
melting disini and jatuh cinta untuk kali keberapa tak tau lah..
manis betul beliau berkata-kata!!:p

Oh!we did try something different!!
inilah kelebihan bila bergaduh-gaduh pujuk memujuk mengada-ngada bagai kan..
dalam kepala aktif jer pikir apa nak buat untuk bagi interesting dating tu..hihi
kitorang pergi cek tahap kesihatn kulit kepala...hihi
well, dier lah check sbb tak pakai tudung but we set an appointment together to go for another checkup..
seriously, excited!!!
and I manage to drag him to Boarders to lepak and reading book together...!!
masa lagi sejam lebih nak tunggu buka puasa and dah tak larat nak jalan..
he merajuk again at first because he is not the person who love to baca buku cerita jiwang karat like I do..


ini bukan lakonan romantik tapi ini adalah betui2..hihi cuba zoom kalau nak tengok buku apa yang I terpaksa baca untuk up kan balik mood dier..
well, share one book and read it together memang best..hihihi
mesti masuk list to do lepas kawen :p
we discussed a lot of thing cuma buku tu mmg tak romantik langsung..
tapi sebab nak tarik minat dier untuk duk satu jam kat Boarders tu I layan kan ajer.. ;D
berbaloi....
betul lah, no pain no gain..
:D


nota kaki: sorry atas entry yang bercampur aduk...hahaha I AM CONTENT AND HAPPY!!!:D



Wednesday, August 25, 2010

Dugaan #2

tak pasti betul ker tak tajuk tu..
dugaan 2 ka 3 ka 4 ka..
im not sure and biarlah..
tajuk jer..
yang penting dugaan..

well, I am not sensitif or beliau yang tak sensitif??
semua buat serba tak kena..
clock is ticking and i got ton of works!!
i did spare time for him..
but he thinks im not..

darling, 
i'm rushing to finish all works because i can't wait to be by urside..
freely..
I am not going to think about works but thinking about us when im with u..
sorry if that made u think i didn't take any effort to spend time with u..
I miss u..


Friday, August 6, 2010

Informative but...

Stress kot tengok blog-blog butik nie...
semua nya CANTIK-CANTIK!!!!
walaupon majlis lambaaaaatttttt lagi..
but still...
ok seriously I dunno what to say..
hahahaha

I am browsing like I always do everyday but now it is so stressful..
the design keep changing the color the flower the dress the theme almost everything!!!
yerlah, tak kan nak sama plak kan setiap butik T_T..
and each pengantin mesti lah nak ada personal touch sendiri..kan??

seriously I think sometimes less choice is wayyyyyy better...
tapi kang limited sangat plak..
sorry for the nonsense entry maybe because it just hit me that I am getting married..pfft!!

one thing is certain, I want my nikah day outdoor...keep praying hard!!!:D

nota kaki: mummy dah setuju!!!yeay!!