About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 6, 2013

10 tahun yang lalu

There are some people, yang bagus dah amik insurans/takaful about 10 years ago..Alhamdulillah..keep that..simpan dan jangan cancel..rugi..but, please please please review...first, call ur agent!!mintak tolong review..kalau dia tanya nak review apa sila face palm muka dia yer..huhuhu kalau agent tak ada cari siapa-siapa yang kenal and review, ingat, review..jangan cancel..kalau tak ada jugak, meh lah saya tolong review..area penang, kedah dan perak.. jangan takut..nak review sahaja..

Kenapa perlu review?Perlu review sebab 10 tahun yang lalu dengan 10 tahun sekarang adalah tidak sama. Dulu nilai dia rendah. RM100, life cover 10k sahaja. Lepastu kalau dah rendah kenapa tak boleh cancel?Sebab sayang lah, dah ada cash value. And kalau ada medical card, waiting period tu dah habis. So nak buat macam mana nak bagi cukup? tambah skit sahaja maximum rm100 pun dah cukup untuk tambah nilai nyawa, hilang upaya dan penyakit kritikal. Tambah yang basic sahaja. OK?tak paham sila tanya.

Ahad yang lalu, I went to Kedah to visit my friend punya wife and his son. The one that passed away. Alhamdulillah, arwah kerja tentera so banyak jugak yang isteri dan anak beliau dapat pampasan koperasi la and ada a few lagi. Jumlah tak tahu tapi at least ada! and arwah juga ada personal insurans yang saya sedang uruskan. Part ni yang saya rasa kenapa entri ni wujud dengan izin wife arwah. Beliau carumkan hampir RM100 setiap bulan, nyawa hanya cover 10k sahaja. 10 tahun ok,sama jumlah dengan simpanan sahaja (kalau ada lah sebab dalam polisi tak dinyatakan ada simpanan). 

Apa yang saya mampu nasihat pada isteri beliau ialah sabar dan kena adil lah dalam pembahagian wang pampasan ini nanti. Tak banyak tapi harap dapat membantu serba sedikit. Isteri dia jugak tanya saya apa yang perlu dia buat, simpanan anak macam mana, simpanan dia, medical dia sebab semua dulu arwah suami yang uruskan. Sekarang semua dia kena buat sendiri. Alhamdulillah dia seorang yang suka menyimpan jadi saya cadangkan pelan takaful simpanan untuk anak dan diri dia lah. Dia cakap dia memang tak tahu apa-apa. Sekarang semua dia kena fikir T____T. Jadi para suami dan isteri, sila lah amik tahu semua ni. Penting.

Saya agak ralat dan sedih sebenarnya, sebab saya tak tau dia duk kedah. Kalau saya tau masa anak dia umur 30 hari saya dah nak tolong buat simpanan dan kawan saya meninggal pada usia anaknya 50hari. Ditakdirkan Allah kalau dah ada takaful masa tu, education and medical expenses untuk anak dah tak payah risau sebab waived. Auto saving dari company. 

Like i said, tak perlu nak simpan 2 3 ratus untuk permulaan kalau bajet tak berapa ada, at least mula. Sebabnya kita tak tahu apa nak jadi. I cried a lot that day. T_T. Keep blaming myself, if i dah pergi jumpa dia and help him buatkan takaful anak dia, isteri dia tak susah dah..but everything is in Allah hand..kalau kita rasa insurans atau takaful tak penting untuk diri kita, fikir tentang family kita nanti..


No comments: