About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Sunday, March 18, 2012

Rope Walk / Rokwok, Penang



Pernah dengar tak?Kalau kat Utara ni famous lah..
macam-macam ada..barang semua murah-murah..
apa yang tak dak kat tempat len, banyak lah ada kat sini..

Nama betui tempat ni ROPE WALK, tapi orang tua-tua sebut rokwok ja..
haruslah nak betul kan pronunciation bagai plak kan..hahaha
location dia dekat area General Hospital, opposite penjara, tepi stadium...
sila google yer..:) 

So semalam dengan en.suami p sana sebab nak beli remote control air-cond ja..dah berminggu dah remote tu rosak..air-cond boleh on tapi tak berapa nak sejuk tdoq malam..

but for me paling best beli buah-buah kat sini!!
murah and banyak and baru and fresh!
kan kan?tengok gambaq skit!!
memang geram ler..
ni lagi...
lemon sebiji RM1 je..murah ler kan?
buah naga pun sebiji RM1..kalau beli yang potong siap suku biji pun RM1..ni sebiji teruih!
ni buah pelam ni RM10 jer..masam-masam manis..mana nak dapat banyak ni RM10 jer..
and ni buah pelam kecik-kecik ni tak tau lah nama apa..

memang memborong buah-buah semalam penuh satu peti ais..
I didn't snap any pictures plak apa yg i beli..tapi mmh puas hati..
senang jer ke toilet sekarang ni..hihi

and baju bola, track suit memang banyak lah kat sana..
tak tangkap banyak gambar sebab  i amik pakai phone jer..
untuk wanita-wanita anggun di luar sana, tak payah lah berhandbag bagai, tempat ni bahaya skit..
jadi kamera mahal tinggal jer lah..hahaha ha gambar dari hp cap ayam saya telah di edit..
teruih jadi macam gambar dari DSLR kan?hahaha
nak edit macam mana sila baca kat sini 

barang-barang antik banyak jugak kat sini..
haruslah efek tu gambar antik kan...hihihi
kalau hampa nak tau, dulang hantaran pun ada juai wooo!!
hahahah kan dah cakap semua ada..
and pokok-pokok..
pokok strawberry pun depa juai hebat tak hebat orang Penang ni..hihihi
rindu plak Pasar Satok kat Sarawak huhuhuh..

after penat pusing, kami makan kat kedai makan depan rokwok ni..
I ate nasi ayam..en.suami amik nasik lemuni ni..pernah makan?
and surprisingly, nasik lemuni paling sedap yang kami pernah makan..
RM5 u olls!!!puas hati ler...

and teh o ais limau depa..style kan?

mai ler jalan-jalan sini..tak rugi..
and yeah, we manage to buy a new remote control and it is functioning so well!!hahah

p/s: new Salwar Kameez and Saree untuk buat baju kurung updated.. Please feel free to visit

4 comments:

cha said...

Aaaa i tgk gambar buah tu rambang mata la. Murah plak tu. Klau i pg sane u bawak pg jenjalan boleh? Heee

Qyla Aqilah said...

Bulih..habaq jer awai2..hihihi

puan azie said...

aku ingatkan eja dia road walk haha.. buah pelam kecik2 tu buah staq..sgt sedap..:-)
ohhh rindu nasi lemuni makngah aku haha

Qyla Aqilah said...

azie, ha, buah staq..aku dengar2 macam tu ja semalam..hahaha sedap woo nasik lemuni!!!