About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 27, 2012

Pak Polisi


Bukan nak cerita pasal polis tapi nak cerita pasal polisi insurans..hihi dah kata ejen kan..tak mau cerita panjang..no one will read kot..hihi
First for those yang dah ada insurans,make sure ada polisi!! Polisi penting dan kena baca ok..6 bulan sekali ker,3 bulan sekali ker..sebab polisi ni lah yang kita nak rujuk bila kita nak claimed atau nak admit.. janji-janji manis ejen yang di conteng atas kertas tak diterima tahu?;)
Terms dalam polisi biasa ada yang paham ada yang tak paham. Antara perkataan wajib yang ada dalam polisi adalah TPD(Total permanent disabilty) dan CIBR (critical ilness benefit rider). Most insurans atau takaful ada perkataan-perkataan ni. Kalau tak ada sila rujuk ejen kenapa tak ada ok??
TPD ni secara bahasa melayu adalah hilang upaya kekal. Hilang upaya kekal ni maksudnya hilang upaya untuk mencari pendapatan dan memerlukan bantuan untuk melakukan perkara-perkara rutin macam makan kena suap, mandi kena dimandikan, pakai baju kena ada orang tolong, ha macam tu. Kalau hilang sebelah tangan tu tak dikira hilang upaya tau.
CIBR ni dalam bahasa melayu penyakit kritikal. Kat sini ramai yang keliru dan tak refer polisi. Kalau dah namanya penyakit kritikal,maksudnya boleh claimed bila dah sampai stage kritikal. Contoh kalau kena cancer, ada stage 1,2,3,4 kan,stage mana yang kategori kritikal. Kalau stage 3 baru dikira kritikal, so masa stage 3 baru boleh claimed. Kalau stage 1 dan 2 memang tak dapat claimed. Kat sini lah kekeliruan berlaku bila ada yang cakap insurans ni tak boleh claimed.
Untuk melengkapkan CIBR, ada lagi satu istilah IEPCC(early payout critical care). Ha,yang ni baru cover untuk early stage penyakit kritikal. So far, Great Eastern ada rider ni dan satu lagi company. Company lain tak sure kot-kot baru ada. Kalau perempuan,better amik rider ni.
One more, cari jugak sama ada company cover tak penyakit berulang. Contoh,kalau ada fibroid dan dah operation, kalau fibroid tu ada balik cover tak?ada seorang kawan, dia tak dapat claimed untuk kali kedua sebab company cakap sekali jer boleh. Tapi fibroidkan jenis ada balik, macam mana tu??
Ha, for those yang belum ada tapi bercadang nak amik insurans atau takaful, amik lah sementara sihat ni. We don't know what will happen the next second right? Kalau tak nak amik medical card, amik yang basic sahaja pun boleh, sekurang-kurang if anything happened pada kita,kita meninggalkan sesuatu untuk keluarga dan bukan meninggalkan hutang yer. Kalau yang dah ada penyakit tapi masih nak amik insurans, boleh usaha untuk apply, tapi maybe ada exclusion.
Sekian sahaja sesi pembelajaran kali ini. Ngeh3 next session kita buat tengok jadual saving ok??
Anything can email me kalau nak tanya apa-apa. Kalau nak free quotation pun boleh ;) . Kot-kot nak buat comparison.
qyla86@gmail.com
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: