About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, August 29, 2012

Why apartment?

Alhamdulillah, hal rumah akhirnya setel. Setelah hampir setahun menggaru dada sebab banyak sangat masalahnya and now we can called it OURS!!

Rumah kat Penang ni mahai wooo sewanya. Dari sewa baik beli jer. Setelah mencari-cari akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Semua proses ni berlaku sebulan sebelum kahwin. Makanya sangat lah huru hara mana nak kahwin, mana nak setel hal rumah. Tapi kami redah jer. 


setahun yang lalu..masa tengah tengok rumah and terus jatuh cinta!

3 bedrooms apartment, with full renovation and partially furnished. Satu bedroom tu dah ditransform jadi wardrobe, just the way we want it!!Alhamdulillah sangat-sangat.
Ex tuan rumah bagi aircond, katil, kipas (dia cabut just pasang balik jer), almari dapur termasuk dapur semua dah siap macam kat belakang tu, full tiles, awesome cat dinding, and lampu-lampu yang unik and baru dipasang sebab nak jual rumah tu, peti ais, rak tv. Kami tinggal bawak baju and bantal jer hihi.
setakat duduk berdua ni, kitorang beli basic jer. 

So, bila orang tanya harga rumah mesti akan di tanya why apartment??You can get rumah bawah kalau beli harga tu kat Mainland. Rumah I dalam Pulau yer..get it get it?
memang letih ler nak menjawab soalan ni. 
And this is our reason.

1. Rumah ni dekat sangat dengan USM, me and my husband both related work and study kat USM. So sangat ler convenient. 30 saat dah boleh sampai. Tak tipu.
2. Kitorang memnag nak duk apartmnet kalau baru kahwin, the reason is keselamatan and well, we are modern people. hahah boley??
3. I takut duk rumah bawah kalau sorang-sorang, en.suami balik lambat atau outstation ker, for me apartment is more safe kot. Just doa lah banyak-banyak ok, mintah allah selamatkan dari segala benda tak baik. Sebab nyer dulu masa study, walaupun rumah tak kena masuk dengan pencuri tapi rumah kawan-kawan lain and rumah en.suami pernah kena masuk. Rumah bawah ler tu so I jadi paranoid. 
4. Location sgt strategik, dekat dengan semua, hospital pusat bandar, boleh dikatakan dekat centre Penang ni ler. 
5. rumah ni dah tak pyh nak renovate bagai. and memang the way we love it. 

tu jer yang boleh dipikir setakat ni. I dah malas nak pikir and jawab bila orang pertikaikan kenapa beli rumah mahal kat Penang. Kami yang bayar kan?hahaha 

tu lah nak share dulu. Sebab lepas ni ada barang-barang baru yang akan masuk Insyaallah. Pelan-pelan and sangat excited!hihihihi 

Oh well, this first experienced beli rumah ni akan dijadikan pengajaran untuk beli rumah yang kedua nanti. Bila i dah kerja tetap lah kan. And masa tu dah ada anak hahahah kalau nak duk rumah bawah, tunggu ada anak ler hihihi  buat peneman :) 

Walaupun rumah sekarang kecik, tapi syukur Alhamdulillah..tak ler penat sgt nak mengemas. hahaha
sorry for the tunggang langgang ayat, lama tak menulis :p 

till then :)



8 comments:

cha said...

Untungla tgk mcm lawa je u. Letakla gambar lebih sikit kedekut huhu

I suka jugak rumah apartment ni senang nk kemas tp mak i bising tak kasik suh beli teres gak huhu

Rumah skrg mahal sgt kan. Sewa pn dh mahal baik beli kan

norinaomar said...

Penang dah macam KL je kan harga rumah..

kaklong saya dah anak 4 dok kat apartment..takde masalah apa pun.

kalau dah partially furnished n well renovated siap dapat semua tu, saya pun mau.

Saya plan nak beli rumah 2nd house atau yg bank lelong, rumah dah siap table top n renovate, tuan rumah willing nak sedekah barang dalam tu, hihihi..Insya Allah tapi taktahu bila

Diyana said...

bestnya dah ada rumah sendiri.... (^_^)
xkisah laa apartment ke ape kan...
"rumah saya syurga saya" kan3?? hehe

FY said...

bestnye masuk rumah yg dah siap renovate dan ada furniture..cantik pulak tu..

Anna said...

nama ape apartment ni q? parking ok x?

Unknown said...

@cha~~ sabaq ler..hihihi rumah tak berapa nak kemas lagi nak buh bnyk2 pun gmbr..hahah

@Noi~ wah, kalau macam tu saya pun nak!!hahaha Insyaallah, beli cepat2..hihi harga makin naik tau huhuh

@Diyana~betui2..byr bulan2 pun rumah sendiri. bukan byr rumah orang hhihi

@FY~Alhamdulillah, rezeki.. memang best!!!:D

@Anna~kat Taman Jade View, parking Q ok lah. hahah kalau satu kereta ok lah parking, kalau banyak tu problem sikit huhuhu

sHe said...

agreed weh! apartment adalah sejuta kali safer! aku dok sorang2 before kawen kat setahun lebih pun xrisau. tidoq aman sentosa. tak risau orang masuk,ulaq masuk.

aku rasa kalau aku pindah rumah bawah, once a while aku balik lagi rumah skrg kot, compact tapi selesaaaa..

LisaLisut said...

ok la tu. i pn apartment je kt puchong ni. nk beli teres mahal kt klang valley huhu.tgula another few years mana tau gaji naik lg hahaha

lgpn i suka sbb ade guard.i paranoid rumah berpagar teres sbb sll tgk kes kene rompak time terhegeh2 nk bukak pintu pagar bagai kekeke.lg pun apartment privacy cewah ;p