About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, March 15, 2012

Hukum pakai bulu mata palsu

" Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu"

I tak tau T_T..
tau untuk rambut jer..
lepas kahwin baru tau..
pastu cukur kening memang tak bulih..
ada yang cakap bulih kalau mintak kebenaran suami..and niat nak cantik untuk suami..
jadi suami lepas akad nikah..so, sebelum akad nikah tak bulih la kan?

wallahualam..

ada siapa-siapa boleh jelaskan dengan lebih terperinci?


4 comments:

Nur Dalila Jamaludin said...

apa yang saya th cukur kening x boleh..ni menguatkan lagi hujah sy


Mencukur bulu kening, menipiskannya, dengan tujuan mencantikkannya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.

Sabda Rasulullah SAW, "Allah melaknat wanita yang membuat tatu, meminta dibuat tatu, mencukur/menipiskan kening, mengasah gigi kerana untuk mencantikkannya, yang mengubah kejadian Allah".
HR: Bukhari (no: 4604) dan Muslim (no: 2125).

Dikecualikan dalam keadaan darurat, seperti: kening terlalu tebal sehingga menghalang penglihatan. Kerana kaedah masyhur: 'Mudharat hendaklah dihilangkan'. Adapun, sekadar kening tebal ia bukan darurat kerana ia bukanlah suatu yang ganjil dalam kejadian manusia.

Quote:

sy cukur krn perintah suami.bole ke ustaz?

Apabila dimaklumi menipiskannya adalah haram, maka anda tidak boleh meninggalkan hukum ini kerana ia perintah suami. Kerana, tidak boleh taat suami dalam perkara maksiat.

Sabda Nabi "Tiada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khalik (Allah).
HR Tirmizi (no: 1707). Katanya: Hasan Sahih.

wallahualam

S.n.Fariza said...

:) lebih baik tanya yg > arif :)
jika tidak tahu, x mengapa.
jika tau, tp buat juga, x eloklah.
alhamdulillah, x buat semua itu masa nikah :)

cha said...

mmg tak boleh pun. tp i cukur masa nk kawen je. klau tak sebelum ni takdela i nk cukur2 ke apa. semulajadi je biarla tak kemas pun :D

haliqdiaz said...

dua2 mmg xblh..i mmg da tau bulu mata palsu ni haram..tp ramai yg xtau..bgus2 u share info ni..;)

http://haliqdiaz.blogspot.com/