About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, March 24, 2012

Consultation: Nak buat apa kain 6 meter?

Ramai yang masih keliru atau pun masih tak tahu nak buat apa dengan kain sari 6 meter..
banyak soalan yang diajukan kepada saya selain tanya harga 6 meter nak buat apa?
depa kata rugi ja beli sampai 6 meter..

mai sini cek nak habaq dengan 6 meter boleh buat apa..hihi

1. kalau anda seorang ibu, 6 meter tu buleh ler nak buat baju anda sepasang and baju blouse untuk anak-anak..
kalau anak kecik lagi baju kurung pun buleh..:)

2. kalau anda wanita berkerjaya, kain boleh buat kain selisih depan, padankan dengan kurung potongan kurung pahang dan juga kebaya..satu kain 2 gaya..

3. kalau anda jenis yang suka berseluar, sehelai seluar (boleh buat seluar slack atau getah ikut keselesaan masing-masing) buat baju labuh boleh dijadikan seperti punjabi suit atau jubah seluar dan buat lah sehelai blouse atau kemeja..satu seluar, 2 gaya..

4. anda juga boleh buat baju kurung sepasang, dan lebihan 2 meter boleh dijadikan blouse, mak saya buat macam tu..:)

5. untuk yang membeli kain punjabi suit, tapi dijadikan baju kurung, dah tak payah nak pening-pening cari tudung sebab selendang 2 meter dah ada..belit aja..:) kalau untuk bakal-bakal pengantin pulak,  memang cukup kain nak buat veil..ikut kreativiti anda..:) banyak tau kain-kain yang sesuai untuk hari bahagia anda..

Sekian untuk sesi konsultansi kali ini..
jumpa lagi di sesi akan datang dengan gambar pulak!:D

Jangan lupa berkunjung kerana NEW IN hampir SETIAP HARI..
terima kasih atas sokongan anda!

New Collection for today: MYSTERIOUS AND GORGEOUS..do check it out u olls!!kot2 ada yang berkenan buat baju hari bahagia!

http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/ 

No comments: