About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, December 5, 2011

Kronologi majlis bertandang di Sarawak

So, hai semua!!ada orang tak ni??hihi as promised, I'm backed! A lot of interesting thing happened kat Sarawak. And it was so much fun. Kalau u girls nak tau, majlis kahwin kat Sarawak, 2 jam jer tau, tak sempat pengantin nak penat. hihihi ok, this is what I remembered ok?

1. Majlis 27hb, tapi me and mr.husband bertolak 24hb. Selalunya pengantin perempuan akan pergi ngan family kan?but me pergi dengan mr.husband..tak kan dia nak balik sorang-sorang kan dah ada bini?hihihih sampai Kuching dah tengah malam, and my MIL still tunggu kitorang. Sian dia, huhuhu tapi sebenarnya dia pesan char koew tiaw and pasembuq original penang punya!hahaha


2. Kitorang bangun lambat sebab sampai lambat. Kalau kat sana, kul 7.30 pagi tu dah terang benderang macam pukul 10 pagi kat sini. Bilik kitorang plak, bilik PIL and ada toilet baru with bath tub! modern sungguh..hihihi and besaq! I tak tau plak yang mr.husband ni famous di kalangan makcik-makcik kat sana, so semua orang nak tengok bini dia.MALU!:p and sesi kenal-kenal pun bermula. SEMUA orang cakap Sarawak, paham, tapi tak tau nak reply dalam bahasa sarawak..hahah sengih-sengih macam kerang busuk and selalu mr.husband tolong jawab..hahah kitorang tak lah berkepit, tapi I realized he keep checking on me haha Petang tu gi shoping baju untuk MIL. Malam pulak ada mandi Pengantin. 

Mandi pengantin ni memang MIL nak buat, so kitorang ikut jer. Yang lawaknya, masa nak mandi tu, me tanya la kat makcik yang nak mandikan tu, 'mandi sekali ker pengantin laki and perempuan?' tapi makcik tu diam.Then dia keluaq, and tnaya my MIL, boleh ker diorang nak mandi sekali ni?dah kahwin ker belum?hahahah obviously dah majlis belah laki, mestilah dah kahwin kan?:P 

Ada air bunga, and lilin. Both of us berkemban, and di mandikan. Makcik tu ada lilit benang kat my pinggang. Pastu salawat and mandikan. sejuk gile sampai mengigil. last sekali kena makan asam jawa and minum air kunyit pure punya. Air kunyit tu pengantin perempuan jer minum, baik untuk peranakan and pahit nyer terasa sampai hari esok.huhu and yeah, masa mandi tu, kitorang kena pegang lilin..hihih 

3. hari ketiga PIL buat doa selamat untuk adik ipar. Makan sedap!nasi impit kuah kacang, soto and sambal goreng sarawak style. hihihi later malam tu, berinai pulak. Berinai kat dewan sebab nak tengok pelamin. Orang tu datang lukis inai kat dewan. Later midnight, my parents and adik-adik sampai sekali dengan my baju pengantin. haha and kalau nak tau, i tak dak tudung lagi untuk baju tu..huhuhu

4. Hari majlis! wake up as early as 6.30. mak andam datang pukul 7. after mandi mekap atas katil and tdo lah. Mr.husband tolong iron baju and i pinjam jer tudung bawal MIL. Alhamdulillah kaler tudung tu masuk..gambar masa mekap semua tak ada. Ada kat OP..huhuhu and after siap-siap..off we go to the dewan!

Sampai dewan pukul 11pagi  disambut dengan kompang and silat.

then, berarak masuk dewan. 

Masa ni tetamu semua dah duduk kat meja, tapi tak makan lagi. Makan kat sini style hidang jer.jarang ada buffet. Sebab buat makan serentak sekali dengan pengantin. sebelum naik pelamin, ada silat pengantin pulak. After that baru leh duduk atas pelamin.


And adat merenjis pun bermula. Masa kenduri belah perempuan tak ada renjis, so merasa jugak lah direnjis kat sebelah lelaki..hihihi syok jugak lah..hahahah jakun kan?



and after renjis ada potong pulut kunung and then nasik temuan. Nasik temuan ni untuk tengok keserasian pengantin lah. Saper suap makan paling cepat and saper yang suap pasangan paling cepat. Malu jugak masa ni sebab kena makan laju-laju and gelojoh. Both of us seri!hahaha



then makan beradap. tak sempat habis mekan dah kena duk depan pintu pulak. sebab nya, adat kat sini, pengantin kena tunggu depan pintu untuk hantar tetamu balik. masa ni pukul 12 dah. kejap jer majlis. penat jugak ler berdiri depan pintu hantar tetamu balik. semua cakap sarawak, I sengih jer lah..hahaha


then, balik rumah tdo!hahahah 1 jam tdo sebab ngntuk sangat, and mr.husband pun penat. I slept with my make up on..sebab lepas tu nak p shooting outdoor  plak..siap untuk outdoor I siap sendiri jer..sebab baju senang pakai and tudung simple jer..hihihih 

thats all...gambar akan menyusul kemudian ok?")


6 comments:

Gadis said...

cantik...=)

puan azie said...

boh gmbaq byk2..tudung ang cntek la weh

Alia.A said...

hehehe. lepas mandi bunga sejuk die lain mcm kan. menggigil. hehehe

next entry plak! :)

lind said...

eh majlis kat sana start pukul brapa

Q said...

@gadis~thanks!!:D

@puan azie~gmbr tak dak lagi lah weh..huhuhu

@alia.A~ yup2...sejuk ketaq gedik semua ada..hahahah

@lind~stat kul 10 pagi, abis kul 12 tghr..hahahah

LisaLisut said...

Q! i br nampk ur updates kt sidebar blog i.aaah apa kene tah blog aku.

nice la tandang u kat srawak.br tau adat dia cmtu heheh.